|
SELAMAT BERSIDANG.
Bismillah Hir Rahman Nir
Rahim..
Alhamdulillah syukur ke
hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya, kita telah dapat
melaksanakan satu lagi tanggungjawab kita kepada parti iaitu
menjalankan mesyuarat agung di peringkat Puteri bahagian.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua adik-adik puteri di
peringkat akar umbi cawangan yang telah selesai menjalan
mesyuarat masing-masing sehingga membolehkan kita bermesyuarat
di peringkat sayap bahagian..
Peranan puteri hari ini
amat penting khususnya dalam melaksanakan pelbagai aktiviti di
peringkat bahagian hingga ke akar umbi iaitu di peringkat
cawangan-cawangan. Ini adalah bagi memastikan adik-adik puteri
di peringkat cawangan-cawangan tidak ketinggalan dalam
informasi-informasi terkini berkenaan aktiviti-aktiviti atau
program-program yang dijalankan di peringkat bahagian mahupun
pusat. Dengan cara ini juga kita dapat mengukuhkan ikatan
silaturrahim di kalangan ahli puteri itu sendiri serta
merapatkan barisan yang sedia ada.
Sebenarnya musuh kita
adalah di luar sana bukannya di kalangan kita ahli-ahli
pergerakan puteri. Sekiranya kita asyik berbalah dan sentiasa
menunding jari kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain sudah
pasti mereka di luar sana boleh mengambil kesempatan dengan
mudah mempersendakan pergerakan puteri itu sendiri dan bertepuk
gembira sekiranya berlaku perpecahan di kalangan kita.
Oleh yang demikian,
tugas kita yang paling penting kini adalah mempersiapkan diri
bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Tugas puteri
kini adalah merapati golongan muda di kalangan belia dan
beliawanis serta badan-badan Ngo supaya golongan ini akan
menjadi penyokong kita pada pilihanraya umum nanti ataupun
pilihanraya-pilihanraya kecil yang kita tidak jangkakan
berkemungkinan akan berlaku.
Disebabkan perkara
inilah, adik-adik puteri di cawangan –cawangan harus bergerak
secara aktif dalam mencari, menambah keahlian baru serta
mendaftarkan pengundi-pengundi baru di kalangan beliawanis. Ini
amat penting dalam meraih sokongan pengundi muda serta tidak
ketinggalan dalam mencari mereka-mereka yang sudah layak
mengundi didaftarkan sebagai pengundi.
Kita pulihkan segala
kekurangan dengan melakukan penambahbaikan dalam setiap kerja
yang kita lakukan agar matlamat kita tidak tersasar. Ikhlaskan
diri dalam perjuangan menegakkan agenda bangsa, agama dan
Negara.
Selamat bersidang saya
ucapkan dan semoga persidangan kali ini membawa satu semangat
baru kepada kita semua.
Sekian..Terima kasih..
Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh..
|