|
Parlimen Kampar ( P.70 )
DUN Tualang Sekah ( N42 )
YB Nolee Ashilin Mohd Radzi. (
Penggal 1, 2008~2012 )

Dilahirkan pada 4hb Januari 1975,
anak ketiga dari empat adik beradik kepada pasangan Datuk Mohd
Radzi dan Datin Normah Hanum. Beliau mendapat pendidikan awal di
Sekolah MGS Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom
dalam bidang Perakaunan /Kewangan
(ijazah pertama) seterusnya ke
Australia untuk mengambil MBA ( ijazah sarjana ).
YB Nolee atau lebih dikenali dengan
panggilan ’cik yang’ dikalangan keluarga amat mengagumi bekas
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir terutama dasar-dasar
yang diilihamkan oleh Tun semasa zaman beliau dibesarkan
contohnya Dasar Pandang Ke Timur, projek kereta nasional (
PROTON ) dan sebagai arkitek yang membina Putrajaya. YB juga
mempunyai pengalaman bermain piano dan meminati sukan Polo dan
tenis.

Puteri Umno Kampar amat berbangga
kerana pucuk pimpinan memberi peluang kepada ahli Puteri menjadi
calon di DUN Tualang Sekah, Perak. YB Nolee memang tidak asing
di kalangan Puteri, beliau merupakan Exco Puteri Pusat sejak
zaman penaja seterusnya semasa era Datuk Azalina Othman Said
sebagai Ketua Puteri dahulu.
Di bawah Datuk Azalina, Nolee memegang Pengerusi Biro IT di mana
laman web www.gtputeri. membantu menyangkal dakyah pembangkang
dalam Pilihanraya ke 11.

Kini YB Nolee memegang jawatan
Pengerusi Biro Pendidikan, antara Biro yang paling aktif
bergerak ke serata pelusuk negara untuk memartabatkan pendidikan
di kalangan generasi muda.
YB Nolee juga seorang bekas ahli perniagaan yang berjaya sebelum
menjadi YB, adalah pemimpin Puteri berkaliber, prihatin, dan
amat disegani.
Semoga DUN Tualang Sekah akan
bertambah maju bersama pemimpin muda ini nanti, InsyaAllah.
Oleh admin Puterikampar. |