|

Kami
Puteri UMNO berikrar:
Kamilah Puteri Pejuang
Besatu berpadu menempuh halangan
Puteri prihatin harapan bangsa
Berjuang mempertahan pertiwi merdeka
Kamilah Puteri Tiang Negara
Pemangkin aspirasi wanita muda
Tanpa diskriminasi antara kita
Niat kian ikhlas pengukuh jiwa
Kamilah Puteri Pewaris Bangsa
Pemelihara agama juga budaya
Berilmu, beramanah, telus dan setia
Bertanggungjawab berhati mulia
Kami
memohon pada Yang Satu
Agar perjuangan mendapat restu
Ayuhlah mara Puteri UMNO ku
Ke mercu kecemerlangan yang kita tuju

Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa
Kami berusaha dengan setia
Berikrar berjanji, bersatu, teguh hati
Pertahan kedaulatan bangsa merdeka
Dengan bersemangat tabor bakti dan khidmat
Untuk rakyat di kota dan di desa
Hingga ke titisan darah yang terakhir
Rela berjuang demi maruah bangsa
Kamilah PUTERI pewaris bangsa dan negara
Rela untuk berkorban harta dan nyawa
Demi agama, bangsa dan negara
PUTERI UMNO terus mara
PUTERI UMNO akan tetap setia
PUTERI UMNO akan terus mara
Lagu dan Lirik : Edry/Yusry/Norman (KRU)

PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI BIASA
(Sila
gunakan pena mata bola (ball pen)
Pemohon hendaklah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu
atau Bumiputra yang berusia 18 tahun ke atas.
Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap butir-butir yang
diperlukan di dalam perenggan A, B, C dan D.
Setiap permohonan hendaklah disokong oleh seorang pencadang dari
ahli biasa, ahli wanita, ahli pemuda atau ahli puteri daripada
Cawangan di mana pemohon ingin menjadi ahli. (Sila rujuk
penerangan E)
Setiap permohonan mesti disertakan dengan salinan kad pengenalan
atau Dokumen Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pendaftaran Negara.
Setiap permohonan mesti disertakan dengan wang tunai sebanyak
RM2.00.
Borang permohonan yang dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada
Ketua Cawangan di mana Cawangan pemohon ingin menjadi ahli
Setelah Ketua Cawangan menandatangani penerimaannya serta
menurunkan cop Ketua Cawangan dalam perenggan F, pemohon
hendaklah mengambil balik salinan keempat (salinan pemohon)
untuk disimpan sebagai rujukan.
Pemohon akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Cawangan dalam masa
satu bulan dari tarikh penyerahan permohonanya samada permohonan
itu diterima atau ditolak.
Jika pemohon tidak didaftar sebagai ahli dalam masa satu bulan,
pemohon bolehlah melaporkan hal itu kepada Jawatankuasa Bahagian.
Jika pemohon tidak juga didaftar sebagai ahli satu bulan selepas
melaporkan kepada Jawatankuasa Bahagian, pemohon bolehlah
melapor kepada Majlis Tertinggi dengan mengemukakan bersama
salinan keempat (salinan permohonan) atau menghubungi ditalian
Tel : 03-40429511 samb 211, 358, 321, 329, Fax : 03-40411626
Majlis
Tertinggi berhak membuat apa-apa keputusan atas mana-mana
permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran
itu dan keputusan itu adalah muktamad. |