|
DS Najib : 1Malaysia.com.my
1Malaysia diwujudkan
dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan
terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar
dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang
untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat
kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian
rakyat kita.
Matlamat 1Malaysia
adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam
kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan
kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya
berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu
dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan
dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia.
Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya
dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang
perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di
sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa
hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati,
persahabatan dan saling memahami.
Solan Lazim Laman Web
S: Apakah
1Malaysia.com.my?
J: 1Malaysia.com.my ialah laman web peribadi Dato’ Sri Mohd
Najib Tun Razak.
S: Apakah objektif laman web ini?
J: Antara lain, objektif laman web ini adalah untuk menjadi
sumber maklumat utama dalam talian tentang pemiliknya iaitu Dato’
Sri Najib. Laman web ini bertujuan menjadi wadah interaktif
antara Dato’ Sri Najib Razak dengan rakyat Malaysia tentang
isu-isu yang melibatkan negara dan rakyat pada masa ini. Ia juga
bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya mengambil
langkah proaktif dalam memupuk sikap yang sihat dalam masyarakat
berbilang kaum.
S: Adakah ini laman web kerajaan?
J: Walaupun laman ini membincangkan tentang isu berkaitan
polisi kerajaan, ia adalah laman web peribadi dan tidak
dikendalikan oleh mana-mana kementerian atau pun agensi kerajaan.
S: Untuk siapakah laman web ini?
J: Ia disediakan terutamanya untuk semua rakyat Malaysia,
tetapi ia juga bermanfaat kepada rakyat negara lain. Kandungan
asalnya boleh diterbitkan semula atau dirujuk oleh mana-mana
media dengan kebenaran.
S: Adakah Dato’ Sri Najib terlibat dalam laman ini? Bolehkah
saya berinteraksi dengan beliau?
J: Dato’ Sri terlibat sepenuhnya dengan laman web ini,
terutamanya melalui blog dan rakaman video. Beliau juga menilai
semua komen. Laman ini adalah idea Dato’ Sri Najib dan beliau
sendiri telah mengkonsepsikan rupa dan kandungan laman web ini
dengan bantuan satu pasukan yang berdedikasi.
S: Adakah komen dan maklum balas saya dibaca?
J: Setiap komen dan maklum balas dibaca. Namun begitu,
pasukan 1Malaysia berhak mengedit atau menyiarkan komen tersebut.
Lazimnya, sebarang serangan peribadi ke atas mana-mana individu
dan penggunaan bahasa yang kasar dan kesat tidak akan diterima.
Sila lihat Terma Penggunaan untuk maklumat lanjut.
S: Saya baru saja memberikan komen dalam blog, kenapa saya
masih tidak dapat melihat komen saya?
J: Setiap komen yang dihantar akan dinilai sebelum
diluluskan. Jika komen anda didapati telah melanggar Terma
Penggunaan, ia tidak akan disiarkan.
S: Berapa kerapkah 1Malaysia dikemaskinikan?
J: Laman web ini dikemaskinikan setiap hari. Sila semak
laman utama untuk melihat maklumat
terbaru. Anda juga boleh
mendaftar untuk mendapatkan maklumat terbaru melalui e-mel.
S: Ada keahliankah?
J: Buat masa ini tidak terdapat keahlian.
S: Bagaimana saya boleh melibatkan diri dengan 1Malaysia?
J: Anda boleh melibatkan diri dengan selalu mengunjungi
laman web ini dan menghantar komen yang membina. Pastikan anda
memberikan alamat e-mel yang sah untuk menerima buletin kami
tentang maklumat terbaru. Kami akan memperkenalkan beberapa
kandungan dan program interaktif pada waktu yang terdekat bagi
menjana suasana yang sihat untuk semua rakyat Malaysia. |