SEKAPUR SIRIH

Seri Mersing, Lagulah Melayu, Dikarang oleh Biduan dahulu, Hatiku runsing bertambah pilu, Mengenang nasib bangsaku Melayu.

 

 

 

» Pakatan goyang di Pulau Pinang

 

Perkembangan terbaru kemelut politik yang membabitkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat meresahkan Pas terutama di kalangan pemimpin utama parti itu. Meskipun keadaan dikatakan semakin meruncing, menurut sumber, kepimpinan Pas tetap dengan pendekatan 'tunggu dan lihat' sebelum membuat tindakan susulan.

Kata sumber itu lagi, pendirian Pas berhubung isu itu jelas iaitu parti berkenaan tidak akan campur tangan sebaliknya menyerahkan kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk menyelesaikannya. ''Sungguhpun begitu, walau apa jua bentuk jalan penyelesaiannya Pas tetap tidak mahu DAP menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang. ”Ini kerana kami teramat khuatir yang ia boleh memberi impak terhadap Islam dan kepentingan Melayu di negara ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustapha Ishak berkata, sudah tiba masanya Pas mengkaji semua kedudukannya dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata, hasil daripada pengamatannya selama ini Pas sejak berada di dalam pakatan gagal memainkan peranan untuk membela Islam mengikut konteks yang sebenar berbanding ketika parti itu sendirian. ''Pas bagi saya gagal menjadi parti alternatif terbaik kepada orang Melayu kerana terlalu ikutkan rentak PKR dan DAP. Mereka terpaksa mengorbankan matlamat perjuangan mereka asalkan kedudukan dalam pakatan tidak terjejas.

''Pas sebenarnya kuat tetapi mereka yang meletakkan kedudukan sehingga serendah ini. Mereka berada pada kedudukan nombor tiga dari segi jumlah Ahli Parlimen. Secara peribadi saya kurang yakin dengan kemampuan Pas sekarang,'' katanya lagi. ''Ingatlah agama suci Islam ini jika tidak dijaga akan ada musibah yang akan diturunkan oleh Allah satu hari nanti. Saya yakin ini yang akan berlaku,'' katanya.

Sumber berita dari Utusan, gambar dari agendadaily. Diedit oleh admin – 01/02/2010