|

»
Kenali PM di Facebook

KUALA LUMPUR 17 Nov. –
Laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
bukan sahaja berperanan sebagai platform untuk rakyat
menyuarakan pandangan bahkan memberi peluang kepada semua pihak
mengenali pemimpin nombor satu negara itu secara mendalam. Hanya
dengan klik ke alamat www.facebook.com/najibrazak, pengunjung
boleh berkongsi maklumat peribadi Perdana Menteri yang jarang
diketahui oleh masyarakat.
Dalam laman sosial itu,
beliau mendedahkan pelbagai aktiviti yang dilakukan daripada
menghadiri mesyuarat dan bekerja sehinggalah menonton perlawanan
bola sepak membabitkan pasukan kegemarannya Manchester United,
makan ikan patin dan mengunjungi kedai buku.
Antara aktiviti beliau
yang dipaparkan untuk tatapan pengunjung:
Dengan pengunjung laman
Facebook, Najib turut berkongsi minatnya terhadap penyanyi dan
muzik pilihan beliau seperti Ronan Keating - When You Say
Nothing At All; Harry Belafonte - Jamaica Farewell dan Ben E.
King - Save The Last Dance. Najib turut menamakan filem-filem
yang menjadi pilihannya iaitu Gladiator, A Few Good Men dan yang
menampilkan aktor Denzel Washington termasuklah Deja Vu. Saluran
televisyen kegemaran beliau pula adalah CNN, History Channel,
Discovery Channel dan National Geographic.
Perdana Menteri turut
berkongsi dua petikan oleh Colin Powell yang menjadi
kegemarannya iaitu “ambil serius mengenai kerja anda tapi jangan
terlalu serius dengan diri anda” serta “jangan tergesa-gesa
bertindak terhadap sesuatu perkara, ia kebiasaannya dilihat
lebih baik pada hari berikutnya.” Mengenai dirinya, Najib
menulis: “Kehidupan saya sangat sibuk tetapi saya sukakannya.
Pada masa lapang saya fokus kepada makan tengah hari bersama
keluarga pada hari Ahad, menonton televisyen bersama anak-anak
dan bercuti.
“Paling banyak
mempengaruhi saya ialah arwah ayah saya, Allahyarham Tun Abdul
Razak. Tetapi saya mengagumi kemahiran pidato dan sikap tidak
mudah mengalah Sir Winston Churchill, Nelson Mandela kerana
pengorbanan beliau dan tidak pernah gentar dengan kesusahan dan
John F. Kennedy.” Sementara itu dalam laman blog
www.1malaysia.com.my, Perdana Menteri teruja untuk memaklumkan
mengenai penyertaannya dalam Facebook.
Katanya, sebagaimana
blog 1Malaysia dan penyertaannya dalam Twitter, beliau akan
menggunakan Facebook untuk menyampaikan pemikiran dan aktiviti
kepada setiap lapisan rakyat.
“Di samping memaklumkan
status terbaru, saya juga akan berkongsi pautan foto Flickr,
video daripada You Tube dan maklumat berhubung kegemaran
peribadi saya seperti masakan dan aktiviti masa lapang kegemaran
saya.
“Silalah berkunjung ke
laman Facebook saya bila-bila anda ada kelapangan, silalah
berikan pandangan anda bagaimana saya boleh menjadikannya lebih
baik lagi,” katanya
Petikan dari utusan
18/11/09. Sumber gambar dari Flickr/ Najib. Diedit oleh admin.
|