|

»
Budget untuk rakyat

Sebagai sebuah
pentadbiran yang mendahulukan rakyat, segala sumpah janji dan
khidmat diabdikan tidak lain tidak bukan, adalah untuk melihat
kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati semua pihak tanpa
sebarang pengecualian
CUKAI
Pelepasan cukai
pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.
Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus
kepada 26 peratus. Pelepasan cukai langganan jalur lebar
sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.
KAKITANGAN AWAM
Bayaran khas RM500
kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib
kerajaan pada Disember ini. Pinjaman pembelian komputer setiap
tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.
RUMAH
74,000 unit rumah kos
rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010.
KWSP
Skim Simpanan Persaraan
1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap
termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman,
kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60
setahun. Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium
insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000. Caruman KWSP
dinaikkan semula kepada 11 peratus.
PENDIDIKAN
Menukar pinjaman PTPTN
kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama. 30
pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti
tersohor. Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar
dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun. Diskaun 50 peratus
perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad
diskaun pelajar 1Malaysia.
Petikan dari Utusan Online. Sumber gambar dari AgendaDaily. 24
/10/2009. |