SEKAPUR SIRIH

Seri Mersing, Lagulah Melayu, Dikarang oleh Biduan dahulu, Hatiku runsing bertambah pilu, Mengenang nasib bangsaku Melayu.

 

 

 

» ISA calon di Bagan Pinang !

 

Betul ke Tan Sri akan menjadi calon di Bagan Pinang ? Menariknya dari apa yang kedengaran ramai yang sekata bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu adalah calon terbaik untuk berentap dengan PAS di situ. Seorang pemimpin UMNO Bahagian dari Sabah secara terbuka kata pada rakannya apa salahnya Isa jadi calon walaupun beliau orang lama.

“Bukankah Saleh Man,calon PAS yang menang di Permatang Pasir itu pernah enam kali kalah pilihanraya.Kalau PAS nanti main isu UMNO ketandusan pemimpin,kita boleh kata PAS sendiri pernah letak calon yang berulangkali recycle,”katanya. Bagi beberapa yang lain soal Isa yang juga bekas Naib Presiden UMNO pernah didapati bersalah kerana politik wang tidak harus dijadikan isu.

Ini kata mereka kerana beliau telah menjalani hukuman itu dan masih tetap setia dengan UMNO. Dalam pada itu beliau tidak pernah kalah pilihanraya.Terakhir beliau jadi wakil rakyat ialah sebagai Ahli Parlimen Jempol yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 2004. Bukan saja sekitar majlis itu tetapi nama Isa sebagai calon juga sudah hangat diperbualkan dikalangan akar ummbi parti itu di Negeri Sembilan.

Faktor utama beliau masih popular dan sangat berpengaruh di kawasan Teluk Kemang. Lagipun beliau adalah Ketua UMNO Cawangan Bagang Pinang dan anak jadi tempat itu. Masa jadi Menteri Besar dulu Isa ialah wakil rakyat kawasan Linggi. Dua nama lagi yang turut disebut-sebut ialah anak beliau sendiri Najib yang bergiat dalam pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu dan Ketua Wanita UMNO bahagian Teluk Kemang Rohani Yaakob.

Isu pemilihan calon kebelakangan ini telah menjadi faktor yang menjejaskan peluang BN dalam pilihanraya kecil sebelum ini. ni berlaku keatas Rohaizat Othman di Permatang Pasir dan Datuk Wan Farid di Kuala Terengganu. UMNO pastinya tidak mahu tersilap langkah lagi dalam soal ini.  Apakah Isa menjadi jawapan di Bagan Pinang?

 

Petikan dari agendadaily. 08/09/2009. Diedit oleh admin.