|

»
Permatang Pasir Milik PAS

PAS mengekalkan kerusi
DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan
calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti
4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala
Rohaizat pula meraih 5,067 undi.
Pada pilihan raya kecil kali ini, seramai 14,832 atau 73.1
peratus pengundi daripada 20,290 pengundi berdaftar menunaikan
tanggungjawab masing-masing.
Berbanding 16,803 pengundi yang keluar pada pilihan raya umum
DUN Permatang Pasir dalam pilihan raya umum Mac 2008. PAS ketika
itu yang diwakili Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman
memperolehi 11,004 undi mengatasi calon BN, Ahmad Sahar Shuib
yang mendapat 5,571 undi. Majoriti pada ketika itu ialah 5,433.
Mengulas keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata, BN menerima keputusan dengan hati yang
terbuka. Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit perubahan dan
penambahbaikan sokongan kepada BN di beberapa peti undi.
Sikap pengundi menurutnya tidak banyak berubah tetapi BN akan
tetap mengambil perhatian perkara-perkara yang dibangkitkan oleh
para pengundi baik daripada kalangan Melayu, Cina mahupun India
semasa tempoh kempen pilihan raya kecil berkenaan.
Petikan dari agendadaily. Diedit oleh admin. 26/08/2009
|