|

UMNO letak calon di Permatang Pasir
Majlis Tertinggi (MT)
UMNO yang bermesyuarat petang Jumaat membuat keputusan akan
meletakkan calon bagi bertanding pada pilihan raya kecil DUN
Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya.
Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika
memaklumkan perkara itu pada sidang media selepas mesyuarat
berkenaan berkata, keputusan meletakkan calon dibuat kerana
kekosongan kerusi berkenaan disebabkan oleh keperluan
perlembagaan.
“Oleh itu dengan kekosongan Permatang Pasir, UMNO dan BN akan
meletakkan calonnya di kawasan itu,” katanya.
Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian
penyandangannya Datuk Hamdan Abdul Rahman. UMNO tidak meletakkan
calon bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti Mei lalu
kerana berpendapat kekosongan kerusi berkenaan bukan kerana
tuntutan perlembagaan.
Diedit oleh admin 01/08/2009.
|