SEKAPUR SIRIH

Seri Mersing, Lagulah Melayu, Dikarang oleh Biduan dahulu, Hatiku runsing bertambah pilu, Mengenang nasib bangsaku Melayu.

 

 

 

Barisan Perhubungan UMNO Perak 2009~2011

IPOH 25 Julai - UMNO Perak menubuhkan 21 sekretariat dalam usahanya untuk memperkuatkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Sekretariat baru yang dibentuk ialah Sekretariat 1Malaysia, Pilihan Raya, Perumahan Rakyat, Sistem Penyampaian dan Perkhidmatan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kakitangan Kerajaan, Media Baru, Jalinan Kasih dan Tugas-tugas Khas.

"Sekretariat yang dikekalkan ialah Sekretariat Politik, Pengurusan dan Disiplin, Agama, Penerangan, Pelajaran, Keahlian, Latihan, Daftar Pemilih, Keusahawanan dan Ekonomi, Pertanian, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Aduan Rakyat," katanya.

Beliau turut mengumumkan pelantikan :

Ketua UMNO Bahagian Tambun yang juga Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO .

Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib pula dilantik Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri .

Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin dilantik sebagai Ketua Penerangan .

Katanya, Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Bendahari 

(ADUN)  Manjoi dan Datuk Nadzri Ismail sebagai Setiausaha Kerja.

 

Diedit oleh admin. 26hb Julai 2009.