|

Selamat Bersidang.

Puteri
Umno Kampar ingin mengucapkan Selamat Bersidang kepada
sahabat-sahabat puteri di bahagian lain seluruh Malaysia. Puteri
Umno Kampar akan bersidang pada 25hb Julai di Kompleks Rakan
Muda jam 2 petang dan dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Mohd Radzi Bin
Manan, Ketua Umno Bahagian Kampar..
Bagi
Puteri Umno Kampar,amalan bermesyuarat dalam UMNO khususnya
PUTERI perlu terus dikekalkan sebagai jalan terbaik bagi
menyelesaikan dan membincangkan setiap permasalahan yang berlaku
dalam parti khususnya setiap cadangan yang telah dipersetujui
dalam persidangan cawangan sebelumnya.
Sebelum
ini, persidangan peringkat cawangan telah menjadi sebagai satu
ruang terbuka kepada ahli-ahli PUTERI di peringkat akar umbi
bagi membincangkan permasalahan yang berlaku di samping menilai
kembali landasan perjuangan yang dilakukan pada tahun sebelumnya
termasuklah cadangan untuk meminda perlembagaan parti.
“Dengan
cadangan pindaan yang dilakukan secara musyawarah, bermakna
mandat untuk memilih pemimpin pusat akan diserahkan ke tangan
lebih ramai ahli UMNO sehingga di peringkat akar umbi,
sepertimana cadangan sebelum ini.”
Cadangan tersebut dibuat sebagai langkah supaya parti mempunyai
proses yang lebih telus, terbuka dan demokratik dalam soal
pemilihan dan antara lain sekali gus membantu memulihkan parti
daripada cengkaman politik wang yang melanda setiap kali musim
pemilihan.
Di samping perubahan yang dilakukan ini mampu meningkatkan
integriti UMNO dan PUTERI itu sendiri, ia juga dilihat menepati
kehendak akar umbi dan secara langsung selepas ini tidak timbul
lagi masalah tidak berpuas hati terhadap organisasi parti.
|