|

KEPUTUSAN RASMI PRK MANEK URAI

Pilihanraya Kecil 2009
Mohd
Fauzi Abdullah (PAS) : 5,348
Tuan
Aziz Tuan Mat (BN) : 5,283
Majoriti : 65
Pilihanraya 2008
Ismail
Yaacob (PAS) : 5,748
Zulkepli Omar (BN) : 4,394
Majoriti : 1,352
KEPUTUSAN pilihanraya kecil Manek Urai mungkin adalah tanda awal
penyakit krisis keyakinan rakyat terhadap UMNO akan berakhir.
Kejayaan mengurangkan majoriti PAS daripada 1,352 undi ke hanya
65, merupakan tanda-tanda awal perubahan hati rakyat terhadap
kepimpinan parti ini.
Walaupun kalah, tetapi UMNO kalah dengan bergaya. Kemenangan PAS
memang telah dijangka kerana pilihanraya kecil ini diadakan di
pusat kekuatan PAS – Kelantan. Tetapi kejayaan UMNO mengurangkan
majoriti yang besar merupakan satu tamparan hebat di dahi PAS
itu sendiri.
Bagaimanapun ia tidak bermakna, UMNO boleh berpuas-hati dengan
“kejayaan” itu. Terlalu banyak kelemahan dan kesilapan yang
perlu diperbaiki. Antaranya ialah, pemimpin UMNO perlu lebih
sensitif-rakyat.
Protokol perlu diketepikan. Pemimpin UMNO tidak boleh lagi
merasakan mereka seperti Presiden Amerika Syarikat yang perlu di
kelilingi oleh pengawal-pengawal peribadi serta pegawai khas
“empat peringkat”.
Kewujudan “orang-orang keliling” ini akan menjauhkan rakyat
dengan pemimpin serta mewujudkan hijab antara masyarakat dan
pemimpin UMNO. Manek Urai amaran kepada UMNO supaya meneruskan
sikap sensitif-rakyat bagi mengembalikan keyakinan rakyat.
Manek Urai adalah pembuka jalan, dan jangan jalan itu terhalang
lagi sebab pemimpin UMNO berubah-semula ke sikap lama selepas
pilihanraya 2004.
Sumber
petikan dari blog parpukari. 15hb Julai 2009.
|