|

Kes Liwat Anwar ditangguhkan dan PPSMI dimansuhkan.

Pada pagi 8hb Julai, kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
dijadual bermula hari ini telah ditangguhkan ke Rabu depan 15
Julai.Ini kerana peguam utama beliau Suleiman Abdullah sambung
cuti sakit. Rabu depan mahkamah akan putus dulu permohonan Anwar
nak dapat dokumen-dokumen kes,juga usahanya nak cuba batal
kes,lepas itu baru perbicaraan kes sebenar.Anwar tiba di
mahkamah jam 9 pagi.Awalnya tak sampai 100 orang penyokong yang
hadir di pekarangan mahkamah.Polis ramai berkawal.
Jumlah wartawan yang membuat liputan juga ramai.Masa Anwar
keluar nak balik jam 9.40 pagi ada sekitar 200 orang penyokong
berkumpul.Beliau bercakap sebentar dengan para
wartawan.Kebanyakan penyokongnya berpakaian baju atau t- shirt
warna hitam atau warna gelap.
Pada sebelah tengahari pula, Timbalan Perdana Menteri
mengumumkan PPSMI akhirnya sampai kepada penamat. Kabinet hari
Rabu meluluskan agar PPSMI dimansuhkan dan pengajaran serta
pembelajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut akan kembali
diajar dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa 2012.
Mengumumkan keputusan kabinet tersebut, Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan keputusan tersebut
akan dijalankan secara berperingkat mulai 2012 bagi pelajar
Tahun 1 dan Tahun Empat serta Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
Bagaimanapun katanya, bagi memastikan perubahan tersebut tidak
menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran
dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
pengajaran dan peperiksaan kedua-dua matapelajaran akan terus
dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kerakhir PPSMI tamat pada
2014. |