SEKAPUR SIRIH

Seri Mersing, Lagulah Melayu, Dikarang oleh Biduan dahulu, Hatiku runsing bertambah pilu, Mengenang nasib bangsaku Melayu.

 

 

 

BN difitnah di ManU.

KUALA KRAI, 5 Julai – Seperti dijangka, PAS yang akan berdepan dengan UMNO/BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri N.41 Manek Urai telahpun menggunakan helah negatif dalam hasrat untuk memenangi hati para pengundi.

Dalam hal ini, jentera pakatan pembangkang dan PAS telah mula menggerakkan misi mereka dengan menabur pelbagai fitnah berkaitan Kerajaan termasuklah menggunakan agama Islam sebagai kempen politik mereka.

Apa yang perlu dilakukan oleh PAS selain daripada menyebarkan cerita-cerita palsu, mempelbagai isu, memanipulasi fakta dan seterusnya melakukan provokasi kepada masyarakat tempatan.

Terbaru, dilaporkan bahawa PAS telah mendakwa bahawa UMNO adalah sebuah parti yang menolak Islam, menyeleweng dan membawa ajaran sesat sedangkan realitinya adalah sebaliknya. Perlu difahami bahawa UMNO yang menjadi tunjang dalam kerajaan sentiasa berpegang teguh kepada amalan Islam sebenar malahan ia turut termaktub dalam Perlembagaan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi.

Dalam UMNO sendiri, perlu diselami bahawa penubuhannya adalah berlandaskan kepada agama, bangsa dan negara dengan pastinya agama yang dinyatakan adalah agama Islam.

Malahan jika diselami sendiri, antara PAS DAN UMNO, manakah parti yang benar-benar mengamalkan Islam sedangkan PAS menggunakan agama sebagai bahan politik termasuk memburuk-burukkan pihak lain biarpun seagama dan sebangsa dengannya.

Apa yang pasti, ini kerana PAS dan pakatan pembangkang tandus dengan bahan cerita dan idea bernas apatah lagi untuk membicarakan soal pembangunan yang sememangnya gagal dilakukan oleh kerajaan Negeri.

Petikan dari UmnoOnline. Diedit oleh admin. 05hb Julai 2009.