|

Nik Aziz sudah tidak kenal dosa…
Mahukah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minta ampun pada Tuhan?
Nampaknya hingga ke saat ini ulama yang memegang title Mursyidul
Am PAS masih tetap merasa dirinya dijalan yang benar menuduh
sesama Islam lain secara rambang macam komunis dan ajaran sesat.
Sebenarnya tak perlu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengingatkan
Menteri Besar Kelantan yang terkenal dengan imej waraknya
tentang dosa menuduh orang Islam lain ‘ tidak Islam’.
Ini kerana jika Nik Aziz ulama sejati tentu sekali dalam ceramah
dan kuliahnya beliau sendiri akan sentiasa mengingatkan
jemaahnya jangan sesekali berbuat begitu pada orang lain. Sayang
sekali kerana politik berdendam kesumat yang tak kunjung padam
spiritual leader Parti Islam Semalaysia ini terus dengan nada
cuba mengkafirkan orang UMNO sesedap rasanya.
Ulama yang sepatutnya menyeru kearah jalan perpaduan umat
nampaknya semakin gian dan galak untuk terus mewujudkan sengketa
dan perpecahan. Anehnya pada waktu yang sama beliau terus
memekakan telinga pada kata-kata hikmah Karpal Singh yang bagi
amaran ' langkah mayatnya' jika PAS nak laksanakan pentabiran
Islam di Malaysia.
Atas nama kepentingan politik untuk berdakap dengan DAP dan juga
PKR beliau pura-pura tak nampak dasar kedua parti yang tidak
ngam langsung dengan apa yang didakwa diperjuangkan oleh PAS
selama ini. Bukan rahsia lagi baik DAP dan PKR cukup tahu
sokongan ke atas parti mereka akan punah lerai jika menerima
hajat PAS nak tabir negara ini mengikut hukum hakamnya.
Juga aneh pada ketika ia mahu UMNO tunduk pada kehendaknya
sebagai prasyarat nak berunding, Nik Aziz tidak berani
menetapkan apa-apa syarat pada kedua parti itu. Menteri Besar
Kelantan itu tidak dapat menyalahkan sesiapapun jika beliau
digelar sebagai ‘ ulama politik’.
Timbalan Perdana Menteri yang diminta mengulas gelagat Nik Aziz
main tuduh UMNO macam komunis dan ajaran sesat selepas satu
majlis Pagoh Sabtu kata beliau perlu meminta ampun kepada Tuhan
kerana ia adalah tuduhan yang amat berdosa.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata PAS tidak
mengenepikan agama Islam hanya disebabkan ia mempunyai fahaman
politik yang berlainan. Menurutnya, UMNO lebih lama berjuang
dalam menegakkan syiar Islam berbanding dengan parti pembangkang
itu dan perkara itu sendiri diperakui oleh umat Islam di negara
ini.
"UMNO adalah jauh lebih Islam daripada PAS dan salah satu
daripada perjuangan parti kita adalah untuk menegakkan syiar
Islam di negara ini. Perkara ini tercatat dalam perjuangan UMNO,"
katanya.
Untuk meleraikan kemelut ini Timbalan Perdana Menteri
berpendapat para ulama boleh memainkan peranan dengan menegur
tindakan parti politik yang bertentangan, tanpa dituduh sebagai
mencampuri urusan dalaman parti.
Soalnya mahukah ulama yang merasa dirinya terlalu Islam ini
menerima pandangan orang lain?
Apa lagi Nik Aziz sudah pun melangkah setapak ke depan dengan
mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
berdebat secara terbuka dengan nya setelah diasak dengan isu
dakwaannya yang menjadi bahan polimek itu.
Petikan dari agendadaily. Diedit oleh admin. 28 Jun 2009.
|