|

8 dasar bagi perkemas pentadbiran Kerajaan Negeri
Perak
IPOH 15
Jun — Kerajaan Negeri Perak telah menggariskan lapan dasar
sebagai teras dan panduan bagi mencapai sasaran Perak Maju 2015.
Menteri
Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dasar berkenaan
meliputi semua aspek bagi memperkemaskan pentadbiran kerajaan
negeri.
Berikutan krisis ekonomi dunia sekarang, beliau berkata
kemungkinan sasaran 2015 itu perlu dikaji semula dan lapan dasar
itu akan menjadi teras bagi memastikan sasaran itu tidak terlalu
lewat dicapai daripada yang telah diunjurkan.
Dasar
pentadbiran kerajaan negeri yang cekap sangat penting dan selain
memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), kakitangan
kerajaan negeri telah diarah menjawab sebarang rungutan, komen
dan permohonan dalam tempoh 14 hari, katanya dalam sidang akhbar
selepas merasmikan Seminar Transformasi Diri Perkhidmatan Awam
Negeri Perak di sini hari ini.
Menteri
Besar berkata dasar pertama yang digariskan itu ialah untuk
menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang berasaskan ilmu
dengan memastikan rakyat di negeri ini terdiri daripada
masyarakat yang berilmu.
Petikan
dari Utusan 15hb Jun 2009.
|