|

NIZAR kena sepak keluar DEWAN RAKYAT

Nizar
Jamaluddin membawa budaya rimbanya ke parlimen pula. Sebaik
sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, bekas Menteri
Besar Perak itu terus menghuru-harakan Dewan Rakyat dengan cara
yang sama mereka lakukan di Perak.
Akhirnya beliau digantung selama dua hari kerana kebiadapan
beliau. Ini memalukan rakyat Perak di mana ahli parlimennya
membawa budaya samseng ke parlimen. Turut sama digantung adalah
Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), N
Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena),
Zulkifly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Hatta Ramli (PAS-Kuala
Krai).
Sementara itu Agenda Daily melaporkan Timbalan Presiden PAS
Nasharuddin Mat Isa pula berkata perbuatan Nizar itu tidak kena
mengena dengan PAS. Ianya adalah tindakan Nizar dan DAP
semata-mata.
Mungkin PAS sendiri tidak mahu dilibatkan dengan kegiatan yang
memalukan dan keanak-anakan Nizar, yang sebaik sahaja mengangkat
sumpah terus menjerit "Hidup! Hidup!".
Petikan dari agendadaily.15hb Jun 2009.
|