Kalau
Aminah Abdullah melihat dirinya dalam cermin mungkin beliau akan
mengakui dirinya macam kata orang Utara tak ada tanjak untuk
pegang jawatan Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang. Naib
Presiden PKR Azmin Ali tidak salah bila bagi gelaran ‘ Minah
Ronggeng’ pada Aminah dalam mempersendakan dakwaan calon bebas
pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti itu bahawa parti
itu cuba menyogoknya dengan jawatan itu jika menang pilihanraya
kecil itu.
Gelaran yang mencetuskan deraian ketawa hadirin di ceramah
kempen pilihanrayanya di kawasan kubu bosnya Datuk Seri Anwar
Ibrahim di Permatang Pauh itu adalah cara terbaik untuk cincang
lumat kredibiliti mana-mana musuh yang mau bikin kacau.
Malah perwatakan Aminah yang macam mana-mana surirumah biasa
tentu tidak terlawan bala tentera PKR yang berkampong di Penanti
untuk mempertahankan kerusi DUN yang sengaja dikosongkan oleh
bekas ADUN Fairus Khairuddin untuk beri laluan kepada orang
kepercayaan Anwar yakni Dr Mansor Othman.
Ikut ceritanya bukan saja Azmin malah semua orang kanan PKR
merasa tidak sedap badan kena melayan perang si Lone Ranger
‘Minah Ronggeng’ ini yang merupakan bekas Ketua Wanita Keadilan
Pulau Pinang.
Aminah mungkin tidak dapat merasa jadi wakil rakyat di
Penanti.Namun apa yang dikatakan sangat merisaukan PKR ialah
karenahnya telah membuka banyak pekong yang terselindung
dikacamata umum tentang hal dalaman parti itu.
PKR selama ini sentiasa mahu tampil sebagai parti yang steady
dan cantik serba serbi.
Siapa saja yang berpeluang mendengar rakaman perbualannya tiga
jam yang didedahkan oleh Aminah pasti tertarik tentang chit chat
yang casual antaranya dengan Ahli MPT PKR Cheah Kah Peng dan
pegawai khas Exco Pulau Pinang ,Lim Eng Nam pasal politiking
dalaman parti itu selain isu dakwaan cubaan sogok untuk tarik
diri sebagai calon pilihanraya kecil Penanti.
Ia bukan saja mengambarkan bagaimana kalangan pimpinan PKR
saling tidak ngam antara satu sama lain malah Dr Mansor dicop
sebagai pemimpin yang ‘ slow ’.