|

Tolak komunisme

PUTRAJAYA 25 Mei –
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.
Rais Yatim mahu sentimen bahawa komunisme mempunyai nilai-nilai
nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran
seluruh rakyat Malaysia. Sambil menyuarakan rasa amat terkejut
dengan tindakan pihak tertentu yang cuba membangkitkan sentimen
itu, beliau mengingatkan bahawa adalah satu bencana kepada
negara ini jika ada pihak cuba menggalakkan kemunculan semula
komunis di Malaysia termasuk menerusi media cetak dan blog.
‘‘Pada masa ini jelas
menampakkan seolah-olah ada rangkaian untuk membawa masuk (bekas
pemimpin Parti Komunis Malaya) Chin Peng ke Malaysia dengan cuba
membuat penilaian dan peranan baru terhadapnya.Inilah yang kita
anggap satu kedurjanaan, unsur-unsur ini langsung tidak peka
dengan pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini di tangan gerila
komunis antara tahun 1948 hingga 1960 dulu. ”
Ia makin ketara sejak
pelancaran buku riwayat hidupnya Alias Chin Peng – My Side of
History. Malah isu mengenai simpati terhadap Chin Peng pernah
dibawa oleh DAP yang mendesak supaya kerajaan mengeluarkan satu
kenyataan menteri ( a ministerial statement in parliament )
tidak lama dulu. Ada yang menyamakan perjuangan Chin Peng dengan
nasionalisme kemerdekaan sedangkan realitinya beliau melacurkan
nasionalisme untuk menegakkan komunisme yang akhirnya gagal
kerana pengorbanan pasukan keselamatan atas sokongan rakyat.
Lalu tercetus lagi
persoalan lain, apakah ini sebahagian daripada usaha untuk
menafikan sumbangan gerakan nasionalisme Melayu dan usaha untuk
menulis kembali sejarah agar mengikut kehendak kaum tertentu?
Petikan dari Utusan. 26hb Mei 2009.
|