|

NIZAR BONEKA.
Dalam satu temuramah
hampir tiga jam dengan Agendadaily di Kuala Lumpur Sabtu lalu
Jamaluddin memberi sedikit sebanyak gambaran lebih jelas kenapa
beliau mengambil tindakan tersebut. Selanjutnya, sila layari
www.agendadaily.com.
Dalam isu hak milik
tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah
kos rendah ?
Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah,
kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi
bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan
tukar syarat daripada rumah kos rendah kepada rumah kos
sederhana dan rumah banglo. Saya sebut dalam mesyuarat Exco,
kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik. Usaha untuk
menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk
memiliki rumah di bandar. Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar
syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang
berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan
orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung
sahaja.
Dalam isu tanah 999
tahun, siapa yang bawa cadangan itu kepada Exco?
Jamaluddin berkata: “Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. saya
bantah kerana perkara itu kerana ia tidak ada ada dalam
manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangankan 999... 99
tahun pun kita akan dikritik hebat... tapi kerana terlalu nak
jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja. Sampaikan saya kata UMNO
dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka.Tapi
pakatan baru 11 bulan.
Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal
pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau. Ekoran
itu, saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah...balak semua
ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau
diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan
bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh. Saya beritahu dia kalau
macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak
dapat.
Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya. Tapi dalam
ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangan satu kaum
sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri
sahaja. Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan
sekolah Cina Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri
bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM30,000 setahun kenapa
nak beri tanah pula. Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh,
daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu,
Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga. Daripada
ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja. Berdasarkan pengalaman
selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh
dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanya dikawal oleh Ngeh
dan Nga. Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa
sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.
Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan. Selama 10 tahun
berjuang apa kita dapat. Habis wang ringgit sendiri untuk parti...hari
ini dapat RM14,000 sebulan besar sangat ke,” ujar beliau
mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah
pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak.
Petikan dari agendadaily.
20/05/2009.
|