|

13 Mei 1969.

Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan
sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah
mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta
benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969
dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di
Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu-isu
sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan
orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan
gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat
manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memeprolehi sebanyak
25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil
menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada
orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas
sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan.
Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa
13 Mei 1969.
Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah
mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah
menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya
Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama
berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969
lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah
memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan
sedemikian rupa.
Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya
banyak memberikan kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika
dilihat pula dari satu sudut yang lain ia sebenarnya banyak
memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui
peristiwa berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentk
sebuah negara Malaysia yang aman damai, harmoni hinggakan
menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya
berbilang kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana
yang aman damai.
Jika dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan
disebabkan oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu
masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk
memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru setelah
berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk
membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan
tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa
kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin.
Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan
kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut
berlaku semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk
perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini.
Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus
mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman
politik dan salig membantu antara satu sama lain ke arah
Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh
kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang
sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya.
Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang
amat membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan
kaum dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah
dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar
Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional serta
Wawasan 2020.
|