|

Cubaan terakhir
Sivakumar : 2 hari lagi untuk kekal berkuasa

Dalam cubaan terakhir
untuk terus berkuasa, Speaker V.Sivakumar telah bertindak
menulis surat kepada Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Shah
memohon mempertimbangkan supaya persidangan Dewan Undangan
Negeri Perak pada 7 Mei ditangguhkan pada satu tarikh yang
ditetapkan oleh Tuanku Sultan kemudian.
Di dalam satu kenyataan
yang dihantar kepada semua media, Sivakumar berkata beliau telah
membuat permohonan itu melalui satu surat yang dihantar ke
Pejabat Istana Kinta lebih kurang 11 pagi ini.
Beliau berkata
permohonan penangguhan itu dibuat atas alasan kedudukan Menteri
Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah.
"Saya berpendapat bahawa
adalah tidak munasabah sidang DUN diadakan dalam kedudukan
Menteri Besar masih dalam pertikaian mahkamah," katanya.
Sivakumar juga memberi
alasan akan kebimbangan berlaku perselisihan dan pertelingkahan
yang sukar dikawal pada hari tersebut.
"Pada jangkaan saya,
kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian
masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemulian dan
kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan
menangguhkan persidangan buat sementara waktu," kata Sivakumar.
Persoalannya disini,
kenapa baru kini Sivakumar mahu mengakui kuasa Sultan berkaitan
perkara persidangan DUN.
Dengan tindakan terbaru
Sivakumar ini, secara tidak lansung beliau kini memberi satu
mesej yang jelas bahawa persidangan DUN bawah pokok yang mereka
agung-agungkan sebelum ini adalah tidak sah kerana ianya
diadakan tanpa perkenan Sultan.
Petikan dari PerakBN. 5hb May 2009.
|