|

Siva pasti akan hilang jawatan
Speaker pada 7 Mei nanti. Ini adalah kerana Siva tidak
menjalankan tugasnya sepertimana yang Kerajaan mahukan. Siva
mesti dilucutkan jawatannya.Semua perlu ingat yang paling
berkuasa bukannya Siva. Yang berkuasa di sini ialah majoriti
ahli Dewan Negeri. Siva mesti menjalankan kuasanya sepertimana
yang majoriti ahli Dewan kehendaki.
Umum juga perlu mengetahui bahawa
Eksekutif Non Politik diketuai oleh SUK. Dato' SUK adalah
pentadbir sebenar tak kira Parti apapun yang memerintah negeri
ini. Dato' SUK adalah ketua eksekutif kepada semua
pentadbir/eksekutif. Dan bila seseorang MB dilantik oleh Sultan
barulah MB tersebut menjadi ketua kepadanya. MB adalah ketua
bagi sesebuah kerajaan. Mana-mana kerajaan yang dibentuk itu
juga mestilah menguasai majoriti ahli dalam Dewan Negeri kerana
itulah seseorang MB mesti mendapat kepercayaan majoriti ahli
Dewan.
Bagi
menjalankan urusan Dewan maka kerajaan yang memerintah akan
melantik Speaker atau YDPertua Dewan yang mematuhi arahan
mereka. Jika Speaker itu tidak mahu mendengar arahan Kerajaan
maka Speaker itu sudah tidak layak lagi menerajui pos berkenaan.
Maka sudah pastilah dia mesti dilucutkan oleh ahli-ahli dewan
yang majoriti tadi.
Siva
cuba bermain disekeliling teknikal undang-undang. Tapi ternyata
bahawasanya Siva ini bodoh dan tak tahu apa-apa. Begitu juga
penasihat undang-undang dan peguam-peguam mereka. Kerana itulah
mereka tewas di gelanggang kehakiman.
Jadi kita tunggu saja dan lihat apa
yang akan berlaku pada 7 Mei nanti. Masa itu, Siva akan kena
'daulat Tuanku' sepertimana Karpal jatuh tangga. Pepatah Melayu
ini memang hebat. Sudahlah jatuh ditimpa tangga pula.
Petikan dari perakbangkit. 29hb
April 2009.
|