SEKAPUR SIRIH

Seri Mersing, Lagulah Melayu, Dikarang oleh Biduan dahulu, Hatiku runsing bertambah pilu, Mengenang nasib bangsaku Melayu.

 

 

 

DUN PENANTI.

 

Suruhanjaya Pilihan Raya SPR) menetapkan pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti akan diadakan pada hari Ahad 31 Mei ini sekiranya ada pertandingan yang akan berlaku. Manakala penamaan calon pula ditetapkan pada hari Sabtu 23 Mei.

Pilihanraya kecil itu perlu diadakan berikutan perletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari PKR ,Fairus Khairuddin ' untuk melanjutkan pelajaran.

Mengumumkan keputusan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berkata, bermula pada pilihan raya kecil DUN Penanti, SPR menguatkuasakan larangan kepada parti-parti politik mendirikan pondok panas bagi merayu undi di saat-saat akhir pada hari pengundian.

Katanya, sekiranya parti yang terbabit tidak mematuhi larangan tersebut, calon yang bertanding boleh dikenakan tindakan hilang kelayakan sebagai calon dan sebagai pengundi selama lima tahun. Pihak yang terbabit juga boleh dikenakan denda sebanya RM5,000, katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR, Putrajaya pagi Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut meminta parti-parti yang akan bertanding pada pilihanraya kecil DUN Penanti itu tidak membawa terlalu ramai penyokong pada hari penamaan calon dan jangan berkempen pada hari pengundian bagi mengelakkan kekacauan.

Penamaan calon dan pengiraan undi bagi pilihanraya tersebut akan diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Pada pilihan raya umum lalu seramai 82.1 peratus pengundi keluar mengundi. Terdapat 15,384 pengundi berdaftar di DUN Penanti dengan pecahan Melayu seramai 72.68 peratus, Cina 24.22 peratus India 2.39 peratus dan 0.71 peratus lain0lain.

Petikan dari agendadaily. 29hb April 2009.