SEKAPUR SIRIH

Seri Mersing, Lagulah Melayu, Dikarang oleh Biduan dahulu, Hatiku runsing bertambah pilu, Mengenang nasib bangsaku Melayu.

 

 

 

Budaya tulisan merosakkan.

KUALA LUMPUR 21 April - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah melahirkan rasa bimbang dengan budaya penulisan tidak sihat melalui buku-buku politik berunsur destruktif atau merosakkan.

Titah baginda, penulisan berkenaan mempunyai matlamat jangka pendek dari segi politik dan komersial selain memilih tema untuk memburuk-burukkan individu tertentu.

Titah Raja Nazrin, budaya penulisan seperti itu pastinya akan merugikan bangsa dalam jangka masa panjang berbanding dengan apa juga keuntungan singkat yang bermotifkan matlamat sempit kumpulan atau individu tertentu.

"Budaya penulisan sedemikian pastinya tidak memenuhi roh kalam ilmu yang terkandung dalam surah Al-Alaq, surah pertama yang diwahyukan oleh Allah melalui malaikat Jibril yang berlaku di Gua Hira ketika Nabi Muhammad SAW diangkat ke martabat seorang rasul," titah baginda.

Titah Raja Nazrin, dalam karya agung itu dinyatakan tentang kehebatan dan kebanggaan bangsa yang kemudiannya musnah akibat persengketaan sesama bangsa.

Tambah baginda, perebutan wilayah dan kuasa yang berlaku sesama bangsa, didorong sifat tamak haloba dan hasad dengki di alam Melayu memberi ruang berlakunya proses kolonialisme.

 

Petikan dari Utusan 22hb April 2009. Diedit oleh admin.