|

Speaker Tiada Kuasa
Gantung MB PERAK

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari Khamis memutuskan Speaker
Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa
untuk menggantung Menteri Besar Pera, Datuk Dr Zambry Abdul
Kadir serta enam Exconya daripada menghadiri sidang dewan negeri
itu. Keputusan tersebut diputuskan oleh lima panel hakim
Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan,
Tan Sri Aluddin Sheriff.
Dengan keputusan itu, Dr Zambry dan enam orang Exco yang
digantung oleh Sivakumar sebelum ini boleh menghadiri sidang DUN
Perak. Keputusan Sivakumar itu tidak pernah di bawa ke dalam DUN
untuk dibahaskan sebaliknya beliau membuat keputusan di luar
pada Sidang DUN Perak.
Berdasarkan amalan di Dewan Rakyat dalam kes Ahli Parlimen
Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung selama satu tahun, usul
untuk menggantungnya dibentangkan di Dewan Rakyat dan dibahaskan
sebelum keputusan diluluskan. Namun dalam kes Sivakumar,
keputusan menggantung Dr Zambry dibuat di luar sidang Dewan dan
diumum pada sidang media sahaja.
Petikan dari AgendaDaily. 16hb April 2009.
|