|

Pasukan baru : Najib-Muhyiddin

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang Khamis
mengumumkan barisan kabinetnya yang katanya merupakan ' pasukan
baru' dan 'wajah baru'. Kabinet terdiri dari 28 menteri dan 40
timbalan menteri.Dua buah kementerian dimansuhkan dan diserap ke
kementerian berkenaan. Selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib
juga pegang Menteri Kewangan. Tan Sri Muhyiddin selain Timbalan
Perdana Menteri ialah Menteri Pelajaran. Tandatanya ramai
mengenai Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Rembau Khairy
Jamaluddin terjawab bila beliau tidak disenaraikan dalam kabinet.
Sebaliknya Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir
dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Luar Negeri dan
Industri.
Ketua Wanita UMNO Datuk Shahrizat Jalil kembali sebagai Menteri
Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat. Ketua Puteri Datuk
Rosnah Rashid Shirlin pula dilantik Timbalan Menteri Kesihatan.
Pemuda UMNO nampaknya diwakili oleh Naibnya Datuk Razali Ibrahim
yang juga Ahli Parlimen Muar yang dilantik sebagai Timbalan
Menteri Belia dan Sukan.
Petikan dari agendadaily. 10hb April 2009.
|