|

PEMBAHARUAN
BERMULA

KEHADIRAN Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari terakhir
Perhimpunan Agung UMNO 28hb Mac 2009 memeranjatkan para
perwakilan. Beliau yang mulanya duduk di kerusi pemerhati di
tingkat atas Dewan Merdeka PWTC kemudiannya naik ke pentas utama
sejurus selepas Najib Tun Razak selesai berucap. Di atas pentas,
beliau, Najib dan Abdullah Ahmad Badawi saling berpegangan dan
menjulang tangan yang secara spontan menerima tepukan gemuruh
para perwakilan.
Petikan dari utusan. 29hb Mac 2009.
|