SEKAPUR SIRIH

Seri Mersing, Lagulah Melayu, Dikarang oleh Biduan dahulu, Hatiku runsing bertambah pilu, Mengenang nasib bangsaku Melayu.

 

 

 

 

Puteri Kampar : Tahniah kepada Rosnah !

MERAPATKAN kembali saf dalam Puteri Umno selepas berlakunya pertandingan dan merangka gerak bagi menarik sokongan lebih ramai generasi muda kepada Umno akan menjadi keutamaan Ketua Puteri Umno yang baru, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Rosnah, 37, yang menang dalam pertandingan enam penjuru pada pemilihan julung kali dalam sejarah Perhimpunan Agung Puteri Umno, berkata beliau akan memastikan pertandingan yang berlaku tidak akan menyebabkan sayap itu berpecah.

“Semua calon yang bertanding akan diberikan tempat dalam pergerakan ini kerana kita semua adalah sebuah keluarga,” katanya ketika ditemui selepas diumumkan memenangi jawatan itu.

Beliau juga akan menggerakkan segera jentera pilihan raya Puteri ke Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau sebaik perhimpunan selesai.

Rosnah berkata, beliau tidak menyangka akan memenangi pemilihan kali ini apa lagi mendapat saingan sengit daripada lima calon lain, terutama tiga Exco yang lain iaitu Ketua Penerangan, Datuk Shahaniza Shamsudin; Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid dan Exco Puteri, Datin Ismalina Ismail.

Dua lagi calon ialah Pengerusi Tetap Puteri Umno Petaling Jaya Utara, Ida Rahayu Mohd Noor dan Ketua Puteri Umno Cawangan OUG, Saarah Ali Bashah.

“Saya menerima mandat ini dengan rendah diri dan berjanji akan memberikan khidmat sebaik mungkin, demi meneruskan kelangsungan perjuangan Puteri Umno,” katanya.

Perhimpunan kali ini menyaksikan buat pertama kali jawatan tertinggi dalam Puteri Umno dipertandingkan. Pada awal penubuhannya lapan tahun lalu, Datuk Seri Azalina Othman Said dipilih menjadi Ketua, manakala pada Perhimpunan Agung 2004, Datuk Noraini Ahmad, dipilih secara kompromi .

 

Petikan dari Bharian. 27hb Mac 2009