|

NIZAR DAN AGS 10.

Apabila Nizar sampai sahaja ke tempat ceramah haram Pakatan
Rakyat di Bukit Chempedak, maka pengerusi mengumumkan bahawa:
"Diumumkan ketibaan Menteri Besar Yang Sah DS Nizar Jamalluddin".
Kembang hidung Nizar yang baru sahaja keluar dari AGS 10 Toyota
Cambry milik kerajaan negeri yang masih dicuri itu.
Lalu apabila diumumkan oleh pengerusi majlis untuk menjemput
nizar naik berucap, maka dengan gaya MB dan tidak langsung
memikirkan persepsi sesetengah pihak maka dia pun naiklah ke
atas pentas.
Sekelompok besar pengunjung senyap dan tidak mengeluarkan respon.
Nizar pun bagaikan pengemis mengemis simpati rakyat Bukit
Gantang menyokong dia derhaka kepada Sultan Perak.
Dia juga tidak habis-habis mengulang-ulang ayat-ayat dibawah:
"MB Haram tu..."
"Rampasan kuasa...."
"BN kejam..Lanun.."
Dia juga ada mengatakan bahawa rakyat jangan sokong kerajaan
haram BN kerana diorang mengunakan duit rakyat
sewenang-wenangnya.
Habis ceramah, diapun bergerak ke Sungai Tinggi untuk ceramah
seterusnya dengan menaiki Toyota Cambry AGS 10 yang dibeli
dengan wang rakyat.
Itulah kerja si Nizar penjual tanah Melayu ini di Bukit
Gantang.Dengan menaiki kereta milik kerajaan negeri dia terus
menjaja namanya sekitar Bukit Gantang kononnya dia dianiaya
Sultan Perak dan BN.
Komen.
"Alahai Nizar Penderhaka... Kenapalah kau mudah lupa...
Kenapalah teruk sungguh sikapmu yang membelakangkan agama dan
perlembagaan... Pergilah kau menjaja namamu.. namun sedarlah..
ini adalah balasan tuhan kerana niatmu dulu mahu merosakkan
bangsa."
Petikan dari empayar Malaya blogspot. 22hb Mac 2009 |