|

»
BERSAMA BAWA NEGARA KEA RAH PENCAPAIAN LEBIH BAIK..

KUALA LUMPUR 27 Jun. –
Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua rakyat Malaysia
bersama-sama beliau untuk mencapai sesuatu yang luar biasa dalam
menjadikan dan membawa negara ke arah yang lebih baik. Perdana
Menteri berkata beliau mahukan semua rakyat Malaysia merasakan
sebagai satu keluarga 1Malaysia dengan memberikan sokongan
mereka untuk negara mencapai hasrat yang lebih tinggi.
“Saya memegang
kepimpinan untuk menunjukkan bahawa saya serius, komited dan
dedikasi. Saya boleh beri jaminan kepada anda, sebagai Perdana
Menteri anda, saya akan lakukan yang terbaik untuk mengubah
Malaysia.
“Tentulah perjalanan ini,
saya tidak boleh lakukan seorang diri, saya perlukan rakan saya
dalam kerajaan, semua kita dalam sektor awam dan swasta. Saya
perlukan setiap rakyat Malaysia, di mana anda berada bersama
saya untuk mencapai sesuatu yang luar biasa. Ini semua mengenai
hasil pencapaian,” katanya dalam blognya www.1Malaysia.com.my
terkini di sini Ahad.
Beliau berkata kerja
keras adalah baik kerana beliau digalakkan untuk melakukan yang
terbaik, sebagai sebuah kerajaan mestilah berbuat terbaik bagi
rakyat. “Kita bekerja bersungguh-sungguh, saya bekerja. Sambil
mengimbau lawatannya ke negara-negara Asean, beliau sangat
gembira melihat Jalur Gemilang berkibar dengan megah di
negara-negara berkenaan, yang menjadikan kehadiran negara kita
dirasai di banyak negara temasuk yang maju dan bandar raya yang
sedang membangun di seluruh dunia.
“Tenaga kerja rakyat
Malaysia kita serta tokoh perniagaan yang mewujudkan syarikat
Malaysia di negara-negara ini merupakan bukti bahawa Malaysia
berada di landasan betul untuk kemajuan.
“Saya harap ini akan
menjadi galakan kepada rakyat Malaysia di seluruh dunia, bahawa
semangat keusahawanan adalah kuat dan sesuatu yang kita boleh
cungkil dan galakan. Kita lihat kemungkinan peluang di banyak
tempat – walaupun di tempat yang tidak dikenali – tetapi ada
peluang-peluang untuk kita,” katanya.
Sehubungan itu, beliau
menggesa rakyat Malaysia agar tidak melepaskan peluang di
mana-mana mereka berada, di kedua-dua, sama ada di negara maju
dan sedang membangun.
“Cabaran kita adalah
berbeza daripada cabaran yang dihadapi oleh negara-negara lain,
tetapi kita jangan leka dengan apa yang kita banggakan kerana
persekitaran telah berubah dengan ketaranya,” kata Najib.
“Satu-satunya aspek yang
belum berubah ialah sistem tadbir urus. Dan negara-negara
seperti Laos, Kemboja, Vietnam dan lain sebelum ini tidak berada
dalam landasan yang sama yang boleh ke arah pembaharuan,” kata
beliau.
Katanya Malaysia tidak
ada pilihan, sama ada kekal tidak bergerak sebagai sebuah negara
berpendapatan sederhana atau pembaharuan dirinya, kerana dunia
telah berubah.
“Jika kita kekal sebagai
sebuah negara berpendapatan sederhana, negara-negara lain akan
mendahului kita, ini kerana mereka tidak melihat perubahan
secara pertambahan, mereka melihat pada perubahan teknologi
besar-besaran yang akan membolehkan mereka melangkaui
negara-negara lain,” kata beliau.
Najib berkata Malaysia
mestilah bergerak dengan dasar-dasar baru yang menjadikan negara
bersaing kompetitif global bagi mencapai Wawasan 2020 dan
menjadi sebuah negara maju. Beliau berkata hasil kejayaan
sebagai sebuah negara ekonomi mestilah dikongsi oleh semua
rakyat Malaysia dan jangan hanya menjadi sebuah kumpulan elit
yang menikmati manfaat kerana ia mestilah diagih-agihkan kepada
semua.
“Jadi, adalah penting
dan tidak ada sesiapa pun yang dipinggirkan. Sehubungan itu,
kita perkenalkan 1Malaysia mengenai bersama-sama, perkongsian
bersama kejayaan, yang semua hendaklah menerima manfaat daripada
kejayaan ekonomi Malaysia dan ia adalah pengagihan yang adil dan
saksama,” kata beliau. –
Petikan dari Bernama. Diedit oleh admin. 27/06/10 |