SEKAPUR SIRIH

Seri Mersing, Lagulah Melayu, Dikarang oleh Biduan dahulu, Hatiku runsing bertambah pilu, Mengenang nasib bangsaku Melayu.

 

 

 

» 10 LAGI AKAN KELUAR….

  

Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim tidak memberi reaksi macam orang terperanjat apabila Agendadaily mengaju soalan mengenai desas desus ada kumpulan 10 ahli parlimen PKR lagi yang akan keluar parti.


Salehuddin juga sebelum ini tidak pernah memberitahu secara terbuka sebab sebenar meletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung walaupun ada spekulasi yang mengatakan beliau sudah fedup dengan isu dalaman parti itu. Tidak kurang menarik ialah setakat ini tidak ada siapapun dikalangan pimpinan PKR yang kedengaran berani ‘ menyentuhnya’.

Malah ramai kalangan pemerhati politik yang menilai tindakan Salehuddin letak jawatan dan kemudiannya keluar parti mempunyai impaknya yang tersendiri atas PKR. Salehuddin mengaitkan perkembangan semasa ini berpunca daripada sikap pucuk kepimpinan PKR "mengejek mereka yang keluar PKR macam kebudak-budakkan."

"Bila-bila lama-lama ejek orang, maka orang keluar, rumah kita sendiri tak ada orang lagi, kita seorang sahaja," katanya.

Selain itu katanya sikap kepimpinan yang mengamalkan "pelukan asmara" dengan hanya gemar menerima orang baru tetapi pada masa yang sama meminggirkan ahli dan pemimpin lama menjadi punca kepada keadaan sekarang. Kumpulan 10 ahli parlimen PKR ini sudah dua kali bersama-sama membuat kenyataan dalam isu pergaduhan ahli parlimen PKR Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin dengan ahli parlimen PKR Subang R.Sivarasah.

Selain Zahrain, Tan yang sudah ‘keluar PKR’, kumpulan itu dikatakan terdiri daripada Zulkifli, Wee Choo Keong (Wangsa Maju) Mohd Yusmadi Yusof (Balik Pulau), Azan Ismail (Indera Mahkota) Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh) dan Gobalakrishnan (Padang Serai).

Sejauh mana mereka ini serius mahu meninggalkan PKR tidak diketahui tetapi mengambil kira Zahrain yang dilihat sebagai ‘kepala’ Kumpulan 10 ini sudahpun keluar, perkembangan selanjutnya menarik untuk diperhatikan.

 

02/03/2010. Diedit dari Agenda Daily.