|

»
Majlis Ramah Mesra 1Malaysia


Tahniah kepada Barisan
Nasional Parlimen Ipoh Barat kerana berjaya menganjurkan Majlis
Makan Malam dan Ramah Mesra 1Malaysia sempena menyambut Gong Xi
Fa Cai di Dewan Bulan Sabit Merah pada 23hb Februari jam 8.30
malam . Majlis tersebut amat meriah dan mendapat sambutan luar
biasa dari penduduk berbilang kaum kawasan Ipoh Barat walaupun
pun berlangsung dalam keadaan hujan lebat.
Dalam majlis tersebut
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
menasihatkan parti-parti komponen Barisan Nasional untuk
menyelesaikan sebarang masalah dalam parti secara tertutup dan
bukannya macam pembangkang yang suka memainkan sentimen
perkauman dan mengutuk kerajaan dalam majlis-majlis terbuka.
Admin. 25/02/20101. |