SEKAPUR SIRIH

Seri Mersing, Lagulah Melayu, Dikarang oleh Biduan dahulu, Hatiku runsing bertambah pilu, Mengenang nasib bangsaku Melayu.

 

 

 

» Dr Zambry...MB Perak yang sah.


 

Mahkamah Persekutuan umum keputusan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Menteri Besar Perak yang sah.Ia diputuskan sebulat suara oleh penal lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alaudin Mohd Sherif.

Selain Alaudin empat lagi anggota penal hakim ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria. Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Ariffin yang membacakan keputusan berkata, tidak wujud dua Menteri Besar Perak ketika itu seperti yang didakwa Nizar kerana pelantikan Dr Zambry dibuat selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berpuashati dengan sokongan semua Adun BN dan tiga Adun Bebas.

Menurutnya Nizar hilang jawatan Menteri Besar Perak sebaik saja dua Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang Adun DAP keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

 

Petikan dari agendadaily. 09/02/2010. Diedit oleh admin.