Ingat lagi pilihanraya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh
pada bulan Ogos 2008 dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding
ganti tempat isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail. Waktu itu
muncul Sivaji The Boss Malaysia...yakni gelaran yang diberi oleh
penyokong PKR kaum India kepada Penasihat PKR itu. Sana sini
poster dan sepanduk Sivaji The Boss dari watak Rajnikanth ,pelakon
macho dan popular filem Tamil diusung.
Ini dikatakan untuk membakar semangat penyokong kaum India di
negara ini yang ramai gilakan Rajnikanth. Malah Anwar pernah
berkata di satu ceramah yang dihadiri ramai orag India beliau
adalah seperti ‘ Sivaji The Boss” yang memerangi apa yang
didakwannya sistem korup negara ini.
Maka tidak hairanlah Anwar tampil dengan gaya Sivaji The Boss
pada hari Selasa dan Rabu lalu bila perbicaraan kes liwatnya
bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Apa dah jadi? Dengar
cerita ramai juga yang bertanya kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim
sudah tidak tampil lagi dengan cermin mata hitamnya yang bergaya
pada Khamis dan Jumaat.
Ikut ceritanya ramai kalangan penyokongnya yang nampak tidak
ngammm Anwar tampil macho begitu pada perbicaraan kes liwatnya.
Ia dibimbangi mencetuskan persepsi yang akan mengurangkan
markahnya lagi dikacamata umum dengan penampilan begitu.