|
Kursus Cup Cake Berjaya.

Pada 20hb Disember 2009
lepas, Puteri Umno Kampar telah menganjurkan bengkel membuat cup
cake dikalangan warga puteri bahagian berkenaan. Program sehari
yang bertujuan mengajar puteri-puteri kampar untuk membuat cup
cake telah berjaya menarik lebih kurang 30 orang peserta dengan
tenaga pengajar didatangkan khas dari Kuala Lumpur.
Program seharian telah
berjaya menonjolkan kreativiti puteri bahagian berkenaan dengan
bermacam corak telah ditonjolkan melalui gubahan yang menarik.
Semua peserta yang hadir berasa puas hati kerana disamping dapat
belajar menghasilkan cup cake, mereka juga dapat membawa balik
hasil kerja mereka untuk dikongsi bersama keluarga dan sahabat
handai.Umno Puteri Kampar berharap ramai usahawan muda puteri
akan dilahirkan berdasarkan program seharian dan berhasrat untuk
menganjurkan satu lagi program membuat kek coklat yang akan
dijalankan sedikit masa lagi.
Lagi gambar kursus
membuat cup cake…

Diedit oleh admin 05hb
Januari 2010.
|