|
PUTERI UMNO KAMPAR MENYAMPAIKAN SUMBANGAN.

Pada
bulan Januari 2009, Puteri Umno Kampar telah melawat keluarga
Puan Nawa ( Pengerusi Tetap ) Puteri Umno Kampar yang mana suami
beliau mengalami kemalangan jalan raya. Kemalangan suami beliau
agak parah yang mana doctor terpaksa menjalankan pembedahan otak
untuk suami beliau dan dijangka pulih dalam masa 6 bulan lagi.
Semasa
lawatan berkenaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Puteri
Umno Kampar telah menghulurkan sedikit bantuan kewangan untuk
meringankan sedikit beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarga
Puan Nawa. Puteri Kampar berdoa semoga suami Puan Nawa cepat
sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa semula.
Admin
Puterikampar. Januari 2009.
|