SEKAPUR SIRIH

Seri Mersing, Lagulah Melayu, Dikarang oleh Biduan dahulu, Hatiku runsing bertambah pilu, Mengenang nasib bangsaku Melayu.

 

 

 

Adik Luqman Nur Hakim Perlukan Bantuan Perubatan.

PUTERI Umno Perak mengesa orang ramai supaya bersama-sama menghulurkan bantuan kewangan kepada bayi berusia 2 bulan Luqman Nur Hakim Azman yang kini menderita akibat dilahirkan tanpa lubang dubur.

Ketua Puteri Negeri Dr Wan Norashikin Wan Nordin berkata adik Luqman yang disahkan doktor menghidap penyakit imperforate anus atau anal atresia kini memerluakan rawatan yang khusus bagi membolehkan beliau membuang air besar. Katanya keluarga adik Luqman yang tinggal di Batu Gajah amat memerlukan sumbangan kewangan berikutan tidak mampu menanggung kos rawatan yang tinggi.
 
"Kos rawatan ini termasuklah keperluan membeli tiub pakai buang dan kos perjalanan berulang-alik membawa adik Luqman ke hospital besar di Ipoh.
 "Keluarga ini juga berharap dalam mengumpulkan wang secukupnya bagi membolehkan adik Luqman menjalani pembedahan apabila anak mereka berumur 8 tahun.
 
"Kami menyeru kepada individu dan syarikat supaya sama-sama tampil membantu keluarga ini," katanya semasa melawat adik Luqman di rumahnya di Kampung Tasek Permai, Batu Gajah pada 31 Dis.

Kata Dr Wan Norashikin bapa adik Luqman hanya berpendapatan kecil manakala ibunya Irene Mohd Layani adalah seorang suri rumah.
Pasangan ini mempunyai dua anak dan adik Luqman adalah anak kedua mereka, katanya.

Semasa lawatan tersebut, Dr Wan Norashikin menyampaikan sumbangan Puteri Umno Perak sebanyak RM1,000 kepada keluarga tersebut.

Bagi yang ingin membantu bolehlah menghubungi ibu bayi berkenaan Irene 019-5085143 atau ketua Puteri Batu

Petikan dari PerakBn 02hb Januari 2009.